Tuan Rumah

My photo
Presint 9, Putrajaya, Malaysia
Just call me iwe..was born on 07/06/1994..masih bujang tetapi sudah mempunyai seseorang yang teristimewa di hati..HEHE.. As a UiTM Pulau Pinang Student till Jun 2015.. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)

14 December 2011

Cari Pengalaman Bekerja Di GSC Alamanda

Assalamualaikum dan salam cium tangan ~~

  Alhamdulillah..ada jugak waktu "free" untuk saya sharing ngan readers semua tentang pekerjaan saya selepas SPM !! heheheh... (-,-) 

  Bermula 1 Dec 2011 yang lepas.. saya mula berjalan-jalan di Alamanda untuk apply mana-mana pekerjaan yang agak-agak sesuai dengan "ketinggian" saya... hehe.. first sekali.. Bro Fareed ajak apply kerja di Carrefour .. So,ikutlah kehendak dia.. kena isi borang.. tengok-tengok..dia sorang jer yang isi borang tu !! ahak !! saya dan  Bro Aben tak isi pun borang tu ..tidak berminat..siap kena marah lagi dengan Bro Fareed sebab asyik "follow" dia je masa nak apply kerja.. hehe *kelakar tengok borang Carrefour..siap ada soalan math darjah 6 lagi.. hehehe...*

  Setelah satu jam lebih berjalan di Alamanda.. akhirnya si Bro Aben ajak pergi "try" apply kerja di RasaMas Restaurant pulak..So..ok lah..pergi bertiga ke situ..si Bro Fareed dah puas hati dah..sebab ape..sebab dia dah apply kerja yang dia nak..si Bro Aben pulak malu-malu nak apply kerja.. nak tanya di kaunter pun segan.. suruh orang jugak masuk dalam then tanya di kaunter.."ada kerja kosong tak "..*dalam hati saya memang tetap nak bekerja di GSC ALAMANDA hehe..

  So,pada 6 Dec yang lepas.. saya apply melalui "online" untuk bekerja di GSC ALAMANDA... tak lama.. Dua hari selepas tu, saya menerima mesej yang bertulis :-)

"SILA HADIRKAN DIRI ANDA KE GSC ALAMANDA UNTUK SESI TEMUDUGA..
 SILA SERTAKAN PHOTOSTAT  I/C DAN GAMBAR BERUKURAN PASSPORT..TQ"

Lebih kurang macam tu lah isi mesej dia .. So,petang keesokan harinya.. tanpa rasa segan-silu.. saya terus ke kaunter tiket  GSC Alamanda tu.. so.. bla..bla..bla..(xmau crita abg supervisor interview apa).. Alhamdulillah .. saya diterima bekerja di situ .. Saya dihantar ke Bahagian Consession (makanan) di sini.. :-)

tarra !!
i'm here !!

Hari ni.. 14/12/11 .. adalah hari ketiga saya bekerja di situ .. so.. doakan saya kekal bekerja di situ sementara menunggu kemasukan ke IPTA.. Insya-Allah.. sekian sahaja entry saya untuk kali ini.. thanks for reading !!




p/s :---> sorry sebab bahasa tidak menarik.. dah habis sekolah kan..hehe
---> ada masa lapang..datang2 lah jenguk di Consession k ! see u !
---> kena tidur sekarang.. minggu ni jadua semua shift pagi Ahad Off
     

30 November 2011

SPM Sudah Berakhir !!

Assalamualaikum semua ~ ~

 First of all .. Saya nak minta maaf banyak2 kepada VISITORS dan FOLLOWERS baru  yang sudi datang ke blog ini...Maaf sebab tidak sempat untuk membalas kunjungan anda semua... Almaklumlah... BUDAK SPM kan... Tapi sekarang...Laungan keramat MERDEKA !! MERDEKA !! MERDEKA !! sudah dilaungkan oleh student-student Pure Science !! ahaha..


 Alhamdulillah...Terima Kasih Ya Allah kerana dengan limpat rahmatMu dan RezekiMu.. Kami calon2 science stream SPM pada tahun ini telah berjaya menghabiskan Peperiksaan Dengan Lancar dan Jayanya.. Alhamdulillah... ♥


Alhamdulillah... Pada tarikh keramat 30 November 2011 .. Kami telah berjaya menempuh segala rintangan...cabaran.. dugaan dan kepayahan dari "encik cute" yang bernama SPM nie ! lepas nie.. saya kena plan sesuatu sementara menunggu slip keputusan keluar nanti... * SAYA TAK DAPAT TAWARAN PLKN !! * 



  YA ALLAH YA TUHAN KAMI.. SESUNGGUHNYA.. KAMI TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA KAMI DALAM MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SPM PADA TAHUN INI.. JUSTERU ITU YA ALLAH.. KAMI BERSERAH DAN BERTAWAKAL KEPADAMU YA ALLAH UNTUK MEMBERI KEPUTUSAN YANG SETIMPAL DENGAN APA YANG TELAH KAMI USAHAKAN SELAMA INI YA ALLAH... AMIN YA RABBALA'LAMIN ~~

KENANGAN HARI-HARI TERAKHIR SPM 2011
















YA ALLAH WAHAI TUHAN KAMI... KAMI MERAFA'KAN RASA KESYUKURAN KEPADAMU DI ATAS APA YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KAMI.. TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA TELAH MENJADIKAN KAMI SEBAGAI SAHABAT YANG SEJATI ANTARA SATU SAMA LAIN.. KAMI BERHARAP AGAR PERSAHABATAN KAMI DAPAT BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA YA ALLAH.. KAMI BERMOHON KEPADAMU YA ALLAH.. JADIKANLAH PERTEMUAN KAMI INI SEBAGAI PERTEMUAN YANG ENGKAU BERKATI.. DAN JADIKANLAH PERPISAHAN KAMI SELEPAS INI ADALAH PERPISAHAN YANG ENGKAU REDHAI YA ALLAH.. 
AMIN YA RABBALA'LAMIN... <3 ALL MY FRIENDS <3

03 October 2011

Beautiful Memories in Tambun,Perak (English Drama National Level 2011)

Assalamualaikum w.b.t...

 Sambungan untuk entry yang lepas...

 Syukur Alhamdulillah...dengan limpah Rahmat dan Kurnia-Nya.. Pertandingan Drama Bahasa Inggeris pada tahun ini telah berlangsung dengan jayanya... Bersyukur juga ke-hadrat Ilahi kerana telah melindungi perjalanan pergi dan pulang kami dari Putrajaya ke Ipoh dan dari Ipoh ke Putrajaya... Alhamdulillah...

  Mungkin... inilah tahun terakhir kami bersama .. mana tidaknya... habis sahaja Peperiksaan SPM.. ada yang akan ke PLKN... ada yang akan bekerja sambilan... dan ada juga yang mungkin balik ke kampung halaman smentara menunggu keputusan SPM... masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.. mungkin .. buat sementara waktu...tiada masa untuk kami "hang out lagi " .. :'(  Hanya takdir yang dapat mengumpulkan kami kembali suatu hari nanti .. yang paling penting...!!

KAMI ADA KENANGAN TERINDAH BERSAMA !!
DALAM SEJARAH SMKPP9(2)..
SATU KELAS MEWAKILI SEKOLAH KE PERINGKAT KEBANGSAAN
KENANGAN YANG TIDAK MUNGKIN DILUPAKAN..


KEPUTUSAN BAGI PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 :)


1ST ----> SARAWAK
2ND ----> NEGERI SEMBILAN
3RD ----> SELANGOR...


SKRIP TERBAIK ----> NEGERI SEMBILAN
PELAKON TERBIK ----> PERAK


Beautiful Memories in Tambun,Perak

SKJ(C) YUK CHOY,
TAMBUN,PERAK
BERGAMBAR KENANGAN

Behind The Hall Where The Preparation Is Done

Guru Pengiring ke Ipoh

NAVA as Maya

IKHSAN as Prof.Amir

FAZLIN as Red Riding Hood
FAREED as Lau

SYAZMEER as Vader

SYAZWAN n FARIDZWAN as Wolf

SYAHIRA as Grandma

Practice In 0ne Room :D


Practice SCENE Gaduh !


Setelah Selesai Sesi Suai Pentas

Candid Style
Antara babak drama kami

Lost In Another Dimension

Setelah Selesai Persembahan Sebenar 
Suasana Malam Terakhir di Hotel Seri Malaysia cawangan Perak


Sesi Beramah Mesra Bersama Kontijen Negeri Lain

Penyampaian Hadiah kepada Wakil WP Putrajaya 
Sang Juara ( SARAWAK ) - TAHNIAH !!

27 September 2011

Drama Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2011

Assalamualaikum w.b.t..

   Sekarang saya bersama semua pelajar 5 Sains Pintar SMKPP9(2) di Hotel Seri Malaysia cawangan Ipoh,Perak... Tujuan kami di sini adalah untuk menyertai Pertadingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2011 di SJK(C) YUK CHOY,Tambun,Perak...

  Kami akan berada di sini sehingga 29/9/2011 bermula semalam.. (26/9/11) .. sepanjang keberadaan kami di sini, kami akan dipantau oleh 3 orang guru pembimbing iaitu Puan Krishnavathy , En.Charles , dan Cik Siti Asmah ...

  Drama ... Drama jugak.... Bertanding... Bertanding jugak ... pelajaran tetap tidak diabaikan... En.Charles akan mengajar kami kelas Biology ... semalam telah bermula sesi pertama kelas intensif kami .. Disamping kelas yg diadakan... kami juga diberi tugasan untuk mnyiapkan 5 Set Soalan Kertas 1 Addmath... dengan mata yg kuyu dah layu... terpaksa lah jugak blajar sikit2... at lest,ada lah faedahnya kami dtang sini.... hehe

  Setakat ini sahajalah yang dapat saya cerita kan sepanjang hari pertama kami di sini... Insya-Allah kalau ada masa lpang.. saya akan meng-UPDATE keputusan-keputusan pertandingan Drama Bahasa Inggeris 2011 pada hari last nnt...


p/s : impian kami telah tercapai... SPM at the corner !!!! argh !!!

SEKIAN
FARIDZWAN

26 August 2011

KENANGAN 21 RAMADHAN BERSAMA USTAZ HABIBULLAH

Assalamualaikum Semua ~~

 Alhamdulillah... pejam celik pejam celik ..dah masuk ramadhan ke 26.. Syawal dah pun nak bertandang... dan tidak lupa juga... TRIAL SPM juga datang bertandang bersama-sama Syawal... *lari bajet raya tahun nie..ahaha

 *back to the topic !

 Pada hari Ahad yang lepas .. saya bersama-sama 12 orang lagi ahli KELAB INDAHNYA IMAN SMKPP9(2) telah berkunjung ke rumah Ustaz Kesayangan kami iaitu Ustaz Habibullah Ali untuk berbuka puasa bersama-sama .. KENANGAN TERINDAH ini sama sekali tidak akan ada tarikh luput di ingatan ini , tidak akan lenyap dari lubuk hati ini dan tidak akan pernah dilupakan ..

 Tujuan sebenar entry ini di "publishkan" adalah untuk berkongsi dengan blogger-blogger semua..lihatlah  bertapa akrabnya perhubungan kami .. lihatlah bertapa hebatnya persahabatan kami .. lihatlah bertapa kuatnya ikatan persahabatan kami... terutama ikatan persahabatan saya dengan Ustaz Habibullah... <3 u so much Ustaz.. :')

INGATLAH WAHAI BLOGGER SEKALIAN.. 
PERSAHABATAN TIADA TERNILAI BAGI WANG RINGGIT.. 
PERSAHABATAN TIDAK DAPAT DIBELI DENGAN WANG RINGGIT.. 
SEKAYA MANA PUN KITA... BERHARTA MANA PUN KITA... 
PESAHABATAN TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WAN..
INGATLAH... :)

"NO MORE" BISING-BISING...LAYAN GAMBAR INI ~~

-perkenalkan tuan rumah
Habibullah Bin Ali

SESI DISKUSI ILMU
BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KELUARHA USTAZ
KEAKRABAN MEMBINA KEKUATAN PERSAHABATAN
JANGAN SALAH FAHAM DULU !
PERSAHABATAN MEWUJUDKAN KASIH SAYANG
NO COMMENT FOR THIS BOY !!
SENYUMAN DIUKIR PENUH KEIKHLASAN
TUNTUTAN AGAMA TIDAK DILUPAKAN..
(TARAWIKH DAN SOLAT ISYA')
MENGHAYATI GAMBAR-2 USTAZ DI OVERSEAS
*BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR KE OVERSEAS

AKHIR SEKALI
UCAPAN RAYA DARI KAMI UNTUK ANDA SEMUA..<3



THANK TO SYAHIRAH FARHANA DI ATAS VIDEO INI..
<3

MENGAMBIL KESEMPATAN INI.. SAYA,MOHAMAD FARIDZWAN BIN RASHID 
INGIN MENGUCAPKAN ~~

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN...
DENGAN PENUH KEIKHLASAN DARI LUBUK HATI KECIL INI.. DIRIKU MOHON AMPUN DAN MAAF PADA ANDA SEMUA SEKIRANYA SELAMA PERSAHABATAN KITA.. SAYA DAH LUKAKAN HATI ANDA SEMUA... TERKASAR BAHASA .. TERSALAH CAKAP.. DAN TERSILAP TUTUR .. MAAFKAN SAYA.. :'(

*KEPADA CIKGU-2 KU.. BUKAN ANGPAU INGIN KUPINTA.. HANYALAH DOA IRINGAN SEPANJANG PEPERIKSAAN TRIAL DAN SPM SEBENAR SAYA MOHONKAN... :) THANKS A LOT FOR BEING MY BEST TEACHER....♥ ALL TEACHER SMKPP9(2)

YANG IKHLAS
FARIDZWAN...